Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 441,334 buah rencana.
Tarikh: Sabtu, 29 Ogos 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Gamelan Melayu, juga dikenali sebagai Joget Gamelan, ialah kesenian istana Melayu yang menggabungkan muzik dan tarian. Kesenian ini secara tradisinya dikaitkan dengan istana diraja Pahang dan Terengganu, dan merupakan salah satu cabang tradisi gamelan yang berkembang di Kepulauan Asia Tenggara. Walaupun mempunyai hubungan sejarah dengan tradisi gamelan di wilayah lain, gamelan Melayu berkembang dengan lagu, tarian dan gaya persembahannya yang tersendiri.
Asal-usul gamelan Melayu dapat dikesan kepada lingkungan istana Johor-Riau dan Riau–Lingga, sebelum dibawa ke Pahang pada abad ke-19 melalui hubungan kekeluargaan antara keluarga pemerintah Melayu. Di Pahang, kesenian ini berkembang sebagai hiburan dan persembahan istana sebelum mencapai kemuncak perkembangannya di Terengganu pada awal abad ke-20. Selain muzik yang dimainkan dengan alat-alat seperti gong, gambang dan metalofon, tradisi ini turut merangkumi satu himpunan tarian istana yang dikenali sebagai Joget Gamelan. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Raja Harald V dari Norway (gambar) mangkat pada usia 89 tahun dan digantikan oleh Haakon VIII.
- Seniman kontemporari Jepun, Yayoi Kusama, meninggal dunia pada usia 97 tahun.
- Pegawai tentera Serb Bosnia dan penjenayah perang yang disabitkan kesalahan, Ratko Mladić, meninggal dunia di penjara pada usia 84 tahun.
- Sekurang-kurangnya 586 orang terbunuh dan lebih seribu hilang selepas banjir kilat di Daerah Rasuwa dan Nuwakot di Nepal dan sepanjang sempadan China–Nepal.
- Penyanyi-pencipta lagu dan pelakon Amerika Syarikat Dolly Parton meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Tahukah anda...

- ... bahawa trakoma, sejenis penyakit berjangkit, disebabkan oleh Chlamydia trachomatis dan ia menyebabkan bahagian kelopak mata menjadi kasar?
- ... bahawa selepas penyatuan Jerman, pemain bola sepak Frank Pastor pernah menyertai pasukan bola sepak Terengganu?
- ... bahawa sebahagian penerima Hadiah Keamanan Nobel pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah?
- "... bahawa Konfrontasi Indonesia-Malaysia berpunca daripada cita-cita Presiden Sukarno menyatukan Malaysia dengan Indonesia?"
- ... bahawa ilmu kemanusiaan mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi?
Hari ini dalam sejarah
- 1526 – Angkatan Uthmaniyyah di bawah Sulaiman al-Qanuni (gambar) membunuh Raja Lajos II dari pihak Hungary dan Bohemia dalam Pertempuran Mohács.
- 1756 – Frederick II dari Prusia melancarkan serangan sangkal ke atas Sachsen, memulakan Perang Tujuh Tahun.
- 1907 – Jambatan Quebec, rentang jambatan julur terpanjang di dunia kini, runtuh semasa dibina dan membunuh 75 pekerja.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Askar Slovakia berpaling terhadap rejim pro-Nazi Jozef Tiso dan Wehrmacht Jerman, memulakan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia.
- 2005 – Taufan Katrina mengakibatkan rekahan pada tetambak di sekitar New Orleans, membanjiri 80 peratus bandar tersebut.
|
Tutankhamun (/ˌtuːtənkɑːˈmuːn/; atau Tutenkh-, -amen, -amon) adalah firaun Mesir dari dinasti ke-18. Makam beliau telah dijumpai oleh Howard Carter dan Lord Carnarvon pada tahun 1922. Penemuan makam beliau yang mendapat liputan meluas telah mencetuskan minat orang awam akan tamadun Mesir Purba di seluruh dunia. Carsten Frenzl
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Brunei • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
| Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 16.7 | 441,334 | 1,190,095 | 6,927,652 | 409,129 (2,024 aktif) | 15 | 17,903 |
- Perbaiki kandungan