Khayrisyah Kemal
Khayrisyah Kemal | |
|---|---|
خايريشاه كمال | |
| Kelahiran | Sittee Khayrisyah Nur Kemal binti Zabareen Kemal 22 Ogos 2003 |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2012–kini |
Karya | Filemografi |
| Bapa | Zabareen Kemal |
| Keluarga | Khayreena Kemal (kakak) |
Sittee Khayrisyah Nur Kemal Zabareen Kemal atau lebih dikenali sebagai Khayrisyah Kemal (lahir 22 Ogos 2003) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau ialah adik kepada pelakon, Khayreena Kemal.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 2003 di Kota Damansara, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Kakaknya, Khayreena Kemal adalah seorang pelakon.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Khayrisyah memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dan sejak itu, terus bergiat aktif dalam bidang lakonan sebaik sahaja meningkat usia remaja.
Sebagai pelakon kanak-kanak, beliau paling dikenali menerusi lakonannya dalam drama dokumentari Keluarga Iskandar. Beliau juga muncul dalam rancangan bual bicara kanak-kanak Mini Parlimen di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebanyak 3 musim.
Sebagai pelakon remaja, Khayrisyah terus menempa nama dalam bidang lakonan dengan beberapa drama lakonannya termasuk I.D dan Nafsu