Lembah Kematian
| Lembah Kematian | |
|---|---|
![]() | |
| Ciri fizikal | |
| Aras tinggi dasar | −85 m |
| Keluasan | 3,000 mi² |
| Geologi | |
| Jenis | Lembangan, lembah, graben, gurun |
| Geografi | |
| Lokasi | Taman Negara Lembah Kematian Inyo dan San Bernardino County (en) |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Koordinat | 36°27′25″U 116°51′55″B / 36.4569°U 116.8653°B |
| Titik tertinggi | Telescope Peak (en) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Lembah Kematian (atau Lembah Maut) ialah suatu lembah padang pasir di California Timur, di utara Gurun Mojave, bersempadan dengan Gurun Lembangan Besar. Lembah itu dianggap sebagai tempat paling panas di Bumi semasa musim panas.[1]
Lembangan Badwater di Lembah Kematian ialah titik terendah di Amerika Utara, pada 282 kaki (86 m) di bawah aras laut. Ia berada 84.6 batu (136.2 km) timur-tenggara Gunung Whitney – titik tertinggi di tanah besar Amerika Syarikat, dengan ketinggian 14,505 kaki (4,421 m).[2] Pada petang 10 Julai 1913, Biro Cuaca Amerika Syarikat merekodkan suhu setinggi 134 °F (56.7 °C) di Furnace Creek di Lembah Kematian,[3] yang merupakan suhu udara sekitaran tertinggi yang pernah direkodkan di permukaan Bumi.[4] Bacaan ini, bagaimanapun, dan beberapa yang lain yang diambil dalam tempoh itu dipertikaikan oleh beberapa pakar moden.[5]
Geologi
[sunting | sunting sumber]Lembah Kematian ialah graben—sebuah blok tanah hala ke bawah di antara dua banjaran gunung.[6] Ia terletak di hujung selatan palung geologi Walker Lane, yang mengalir ke utara ke Oregon. Lembah ini dibelah dua oleh sistem sesar gelinciran jurus sisi kanan, yang terdiri daripada Sesar Lembah Kematian dan Sesar Furnace Creek. Hujung timur sisi kiri Sesar Garlock bersilang dengan Sesar Lembah Kematian. Furnace Creek dan Sungai Amargosa mengalir melalui sebahagian lembah dan akhirnya hilang ke dalam pasir di dasar lembah.
Lembah Kematian juga mengandungi kematu garam. Menurut konsensus geologi semasa, pada pelbagai masa ketika pertengahan zaman Pleistosen (berakhir sekitar 10–12 ribu tahun dahulu), suatu tasik pedalaman, Tasik Manly terbentuk di Lembah Kematian. Tasik itu hampir 100 batu (160 km) panjang dan 600 kaki (180 m) dalam, lembangan hujung dalam suatu rangkaian tasik yang bermula dengan Tasik Mono di utara dan berlanjutan melalui lembangan di bawah Lembah Sungai Owens, melalui Tasik-tasik Searles dan China dan Lembah Panamint, ke barat terus.[7]
Apabila kawasan itu bertukar menjadi padang pasir, air tersejat, meninggalkan banyak garam evaporit, seperti garam natrium biasa dan tingkal, yang kemudiannya dieksploitasi semasa sejarah moden di kawasan ini terutamanya dari 1883 hingga 1907.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Christopher C. Burt. "World Heat Record Overturned – A Personal Account" (dalam bahasa Inggeris). WunderBlog. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
Consequently, the WMO assessment is that the official highest recorded surface temperature of 56.7 °C (134 °F) was measured on July 10, 1913 at Greenland Ranch (Death Valley) CA
CS1 maint: uses authors parameter (link) - ↑ "Find Distance and Azimuths Between 2 Sets of Coordinates" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2010. Dicapai pada 13 Ogos 2010.
Entered coordinates for Badwater 36-15-01-N, 116-49-33-W; and Mount Whitney 36-34-43-N, 118-17-31-W
- ↑ "World Meteorological Organization World Weather / Climate Extremes Archive". Pertubuhan Meteorologi Sedunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2013. Dicapai pada 14 April 2017.
- ↑ El Fadli, Khalid I.; Cerveny, Randall S.; Burt, Christopher C.; Eden, Philip; Parker, David; Brunet, Manola; Peterson, Thomas C.; Mordacchini, Gianpaolo; Pelino, Vinicio; Bessemoulin, Pierre; Stella, José Luis; Driouech, Fatima; Abdel Wahab, M. M; Pace, Matthew B. (September 2012). "World Meteorological Organization Assessment of the Purported World Record 58°C Temperature Extreme at El Azizia, Libya (13 September 1922)". Bulletin of the American Meteorological Society (dalam bahasa Inggeris). 94 (2): 199. Bibcode:2013BAMS...94..199E. doi:10.1175/BAMS-D-12-00093.1.
- ↑ "'Highest temperature on Earth' recorded in US" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 17 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2021. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
- ↑ Sharp, RP; Glazner, AF (1997). Geology Underfoot in Death Valley and Owens Valley. Mountain Press Publishing. m/s. 195.
- ↑ "Image of the Day: Lake Badwater, Death Valley". Earth Observing System. NASA. 18 Mac 2009. Dicapai pada 16 April 2009.
- ↑ Celeste Cosby; Jeanette Hawkins; Jani Kushla; Molly Robinson (2009). "Boron Minerals of Death Valley". Clark Science Center, Smith College. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2008.

