close
Pergi ke kandungan

visionOS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
visionOS
Maklumat umum
Eponimsistem pengendalian Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemSistem pengendalian Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemUnix-like, berdasarkan Darwin (BSD), iOS, kebanyakannya berdasarkan iPadOS
PembangunApple
Keadaan kerjaSemasa
Keluaran awal5 Jun 2023
Keluaran terkini26.6 (27 Julai 2026) Sunting nilai ini di Wikidata
Sasaran pemasaranPemasang kepala realiti teradun, Apple Vision Pro
Ciri teknikal
Pelantar
Jenis intiHibrid (XNU)
LesenPerisian pemilikan dengan komponen sumber terbuka
Pautan berkaitan
Tapak webapple.com/os/visionos
Status sokongan
Disokong
Rencana dalam siri ini
iOS
iPadOS
macOS
watchOS
tvOS
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

visionOS ialah sebuah sistem pengendalian realiti terlanjur yang diterbitkan utamanya daripada iPadOS dan kerangka kerja terasnya (termasuk UIKit, SwiftUI, ARKit dan RealityKit), serta kerangka kerja khusus realiti teradun untuk pemaparan foveat dan interaksi masa nyata.[1][2] Ia dibangunkan oleh Apple secara eksklusif untuk pemasang kepala realiti teradun Apple Vision Pro miliknya. Ia telah diumumkan pada 5 Jun 2023 di acara WWDC 2023 Apple bersama-sama dengan pendedahan Apple Vision Pro.[3] Perisian ini dikeluarkan pada 2 Februari 2024, disepadukan bersama Apple Vision Pro.[4]

Apple dilaporkan telah mengusahakan dan mengkonsepkan visionOS sepanjang dekad 2010-an dan awal 2020-an.[5] Secara dalaman diberi nama kod Borealis,[6] ia telah diumumkan secara rasmi kepada awam di acara WWDC 2023 Apple bersekali dengan Vision Pro. Apple menyatakan kedua-duanya akan dikeluarkan pada awal tahun 2024.[7] Garis panduan App Store untuk sistem pengendalian ini juga menyatakan bahawa pembangun hendaklah merujuk perisian visionOS sebagai "pengalaman pengkomputeran ruang" atau "aplikasi vision", dan mengelakkan penggunaan istilah seperti "realiti terimbuh" (augmented reality) dan "realiti teradun" (mixed reality).[8][9]

Semasa acara tersebut, The Walt Disney Company mengumumkan rancangan untuk membangunkan aplikasi pengkomputeran ruang bagi visionOS;[10] Disney+ kini menawarkan ciri-ciri seperti penstriman tajuk terpilih dalam 3D stereoskopik, dan mereka juga menawarkan persekitaran 3D berdasarkan Teater El Capitan serta lokasi daripada francais milik Disney.[11]

Sistem pengendalian ini pada awalnya dirancang untuk dikeluarkan sebagai xrOS sebelum namanya ditukar dilaporkan beberapa hari sebelum pengumumannya, selepas ucapan utama WWDC 2023 dan sesi pembangun telah pun dirakamkan.[12] Rujukan kepada xrOS masih wujud di dalam bahan pembangunan visionOS. Pada 8 Januari 2024, Apple mengumumkan bahawa Vision Pro bersama visionOS akan sedia ada di AS pada 2 Februari 2024, dengan pratempahan bermula pada 19 Januari.[13]

Alat pembangun

[sunting | sunting sumber]

Dari 5 hingga 12 Jun 2023, Apple mengeluarkan 35 sesi maya percuma yang merangkumi pembangunan visionOS sebagai sebahagian daripada WWDC 2023. Pada 21 Jun 2023, Apple mengeluarkan Xcode 15 Beta 2, yang merupakan beta Xcode pertama yang menyertakan kit pembangunan perisian untuk visionOS dan Reality Composer Pro, iaitu alat untuk mencipta kandungan 3D bagi visionOS.[14] Xcode 15 dilancarkan tanpa ciri-ciri ini, yang akhirnya ditambah dalam Xcode 15.2 pada 8 Januari 2024,[15][16] pada hari yang sama Apple mula menerima penyerahan aplikasi untuk App Store visionOS.[16]

Semasa ucapan utama WWDC 2023, Apple mendedahkan ia sedang bekerjasama dengan Unity Technologies untuk menyokong enjin Unity pada visionOS,[17][18] dan Unity akan mengeluarkan alat pembangunan untuk permainan 3D pada Vision Pro, yang dilancarkan dalam bentuk beta pada 19 Julai 2023.[19]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

visionOS menggunakan antaramuka pengguna 3D yang dinavigasi melalui penjejakan jari, penjejakan mata, dan pengecaman pertuturan. Sebagai contoh, pengguna boleh mengklik sesuatu elemen dengan melihatnya dan mencubit dua jari bersama, mengalihkan elemen dengan menggerakkan jari yang dicubit, serta menatal dengan mengibaskan pergelangan tangan mereka. Aplikasi dipaparkan dalam tetingkap terapung yang boleh disusun dalam ruang 3D. Input teks adalah melalui papan kekunci maya, pembantu maya Siri, dan peranti persisian Bluetooth luaran termasuk Magic Keyboard, Magic Trackpad, dan pad permainan.[20][21]

Semasa tetapan visionOS, pengguna boleh mencipta persona digital dengan menanggalkan pemasang kepala dan mengimbas muka mereka menggunakannya. Pengguna boleh menggunakan persona ini semasa panggilan FaceTime, dan melihat persona peserta lain jika mereka menggunakan visionOS.[22] Bermula daripada visionOS 1.1, kebolehan untuk melihat persona dalam 3D bergerak dan berinteraksi dengan aplikasi telah ditambah, yang digelar 'Spatial Personas.'[23]

Aplikasi Photos menyokong persembahan video ruang, iaitu video 3D dipetakan kedalaman yang dirakam pada Vision Pro atau iPhone 15 Pro, dengan menyesuaikan kedalaman video mengikut pergerakan kepala pengguna.[24]

Semasa pelancaran, visionOS didatangkan dengan 13 persekitaran animasi latar belakang 3D 360° pra-pasang bersama bunyi ambien, termasuk pemandangan siang dan malam pilihan untuk Taman Negara Yosemite; Taman Negara Haleakalā; Taman Negara Joshua Tree; Hutan Negara Mount Hood; Tasik Vrangla berdekatan Drammen, Norway; dan Bulan.[25]

Aplikasi Apple TV menawarkan filem 3D; syarikat itu mengumumkan bahawa lebih daripada 150 filem akan sedia ada dalam format 3D semasa pelancaran, tanpa caj tambahan untuk pengguna yang menyewa atau membeli filem berkenaan di iTunes Store.[26]

WebXR, satu API untuk pengalaman realiti teradun melalui pelayar web, disokong dalam Safari.[27]

Pengguna visionOS juga boleh mengakses Mac mereka dengan paparan maya 4K yang boleh diubah saiznya, dinamakan 'Mac Virtual Display'. Pilihan paparan melengkung lebar dan ultra-lebar 8K telah disediakan sebagai pilihan tambahan bersekali dengan keluaran visionOS 2.1 pada Disember 2024, bersama kebolehan untuk mengalihkan audio Mac ke Vision Pro.[28][29]

Aplikasi yang disokong

[sunting | sunting sumber]

visionOS menyokong keserasian ke belakang dengan aplikasi iOS dan iPadOS sedia ada, yang dipaparkan dalam tetingkap di dalam persekitaran pengguna dan secara automatik serasi dengan sistem input visionOS.[13][30] Walaupun semua aplikasi sedia ada di visionOS secara lalai, pembangun aplikasi iOS dan iPadOS mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada keserasian visionOS. Apple mendakwa bahawa lebih daripada 1 juta aplikasi daripada iOS dan iPadOS sedia ada di visionOS.[13] Selain aplikasi iPadOS dan iOS, lebih daripada 600 aplikasi asli visionOS telah dibangunkan khusus untuk platform ini semasa pelancaran, menurut Apple.[31] Apple juga mendakwa 100 permainan Apple Arcade akan serasi dengan visionOS semasa pelancaran, yang mana sebahagian besarnya boleh memanfaatkan keserasian pad permainan visionOS.[21][32][33]

Banyak aplikasi produktiviti popular telah mengeluarkan versi visionOS yang dioptimumkan sepenuhnya, termasuk aplikasi Microsoft 365 (Teams, Word, Excel, PowerPoint, Outlook, dan lain-lain), Adobe Lightroom, Slack, Zoom, dan Webex.[34] Banyak aplikasi penstriman juga dioptimumkan untuk platform ini, seperti Max, Disney+, Prime Video, Paramount+, dan ESPN.[35]

Beberapa aplikasi hiburan paling popular untuk iOS dan iPadOS termasuk Netflix, Spotify, dan YouTube belum menyediakan aplikasi iOS atau iPadOS mereka untuk dijalankan pada visionOS, sebaliknya mengesyorkan pengguna menggunakan laman web masing-masing pada Safari.[36] YouTube telah mengumumkan bahawa aplikasi visionOS berada "dalam perancangan."[37]

Aplikasi buatan Apple yang pra-pasang pada visionOS termasuk Mail, Messages, Mindfulness, Apple Music, Apple TV, Notes, Photos, dan Freeform.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Pra-pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Sebelum pelancaran pada Februari 2024, Apple memberikan demo terkawal Apple Vision Pro kepada ramai wartawan teknologi, dengan sesetengah daripada mereka memuji keupayaan pelbagai tugas dan kaedah inputnya, sambil meratapi bahawa perisian tersebut hanya sedia ada pada perakasan yang mahal.[38] Pengulas lain menumpukan pada ciri video ruang dan resolusi tinggi perisian tersebut, sambil mempersoalkan apakah kes kegunaan utama perisian berkenaan.[39] Spekulasi daripada wartawan mencatatkan pertikaian berterusan daripada pembangun aplikasi popular mengenai komisen yang dikenakan oleh Apple untuk pembelian dalam aplikasi melalui aplikasi yang diedarkan di App Store sebagai punca berpotensi mengapa ramai tidak membangunkan versi asli visionOS.[40]

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Banyak ulasan memuji visionOS walaupun mengkritik perakasannya. Sesetengah ulasan turut menyebut ciri-ciri yang lebih maju berbanding perakasan Apple Vision Pro itu sendiri, seperti penjejakan mata dan tangan.[41] Hampir semua ulasan utama memuji mekanik dan pengalaman tetingkapnya.[42][41]

Sejarah versi

[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Templat:Mw-datatable

Versi Tarikh keluaran sulung Versi terkini Nombor binaan Tarikh keluaran terkini Akhir hayat peranti
visionOS 1 Februari 2, 2024 Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.3 21O771 Julai 29, 2024
visionOS 2 September 16, 2024 Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.6 22O785 Julai 29, 2025
visionOS 26 September 15, 2025 Versi stabil terkini: 26.6.1 23O780 Ogos 17, 2026
visionOS 27 2026 Versi pralihat terkini: 27 beta 6 24M5355a Ogos 17, 2026 Akan diumumkan
Petunjuk:
Versi lama
Versi lama, masih diselenggara
Versi terkini
Versi pralihat terkini
Kemaskini akan datang

visionOS 1

[sunting | sunting sumber]

visionOS 1 ialah versi utama pertama visionOS. Ia telah diumumkan di WWDC 2023 pada 5 Jun 2023,[43] dan dikeluarkan pada 2 Februari 2024, pra-pasang dalam Apple Vision Pro semasa keluarannya[44]—bagaimanapun, ia sebenarnya telah dikeluarkan pada 23 Januari 2024, dengan nombor versi 1.0.1. Kemas kini terakhir, visionOS 1.3, telah dikeluarkan pada 29 Julai 2024.

Versi lama, tidak lagi diselenggara: Gambaran keseluruhan versi visionOS 1
Versi Binaan Tarikh keluaran Ciri-ciri
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.0[45] 21N307 Februari 2, 2024 Gestur tangan dan penaipan
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.0.1[46] 21N311 Januari 23, 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.0.2[47] 21N323 Januari 31, 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan[48]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.0.3[49] 21N333 Februari 12, 2024 Pembetulan pepijat; pilihan tetap semula kod laluan.
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.1[50] 21O211 Mac 7, 2024
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.1.1[51] 21O224 Mac 21, 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan[52]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.1.2[53] 21O231 April 9, 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan[54]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.2[55] 21O589 Jun 10, 2024 Pembetulan pepijat; kemas kini keselamatan; sokongan wilayah dan bahasa[56]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 1.3[57] 21O771 Julai 29, 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan [58]

visionOS 2

[sunting | sunting sumber]

visionOS 2 ialah versi utama kedua visionOS. Ia telah diumumkan di WWDC 2024 pada 10 Jun 2024, dan dikeluarkan pada 16 September 2024, bersama-sama dengan iOS 18, iPadOS 18, macOS Sequoia, tvOS 18, dan watchOS 11.[59][60][61]

Versi lama, tidak lagi diselenggara: Gambaran keseluruhan versi visionOS 2
Versi Binaan Tarikh keluaran Ciri-ciri
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.0[62] 22N320 16 September 2024 Pilihan Photos ditambah
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.0.1[63] 22N342 3 Oktober 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.1[64] 22N581 28 Oktober 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.1.1[65] 22N591 19 November 2024 Pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.2[66] 22N842 11 Disember 2024
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.3[67] 22N896 27 Januari 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.3.1[68] 22N900 10 Februari 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.3.2[69] 22N906 11 Mac 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.4[70] 22O238 31 Mac 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.4.1[71] 22O251 16 April 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.5[72] 22O473 12 Mei 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 2.6[73] 22O785 29 Julai 2025

visionOS 26

[sunting | sunting sumber]

visionOS 26 ialah versi utama ketiga visionOS. Ia telah diumumkan di WWDC 2025 pada 9 Jun 2025, dan dikeluarkan pada 15 September 2025, bersama-sama dengan iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe, tvOS 26, dan watchOS 26. Apple memajukan nombor versi kepada 26 sebagai sebahagian daripada peralihan kepada konvensyen penomboran versi berasaskan tahun di seluruh sistem pengendalinya.

Versi stabil terkini: Gambaran keseluruhan versi visionOS 26
Versi Binaan Tarikh keluaran Ciri-ciri
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.0[74] 23M336 15 September 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.0.1[75][76] 23M341 29 September 2025 Pembetulan pepijat
23M8340 22 Oktober 2025 Kemas kini hari pertama untuk Vision Pro (M5)
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.1[77] 23N49 3 November 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.2[78] 23N301 12 Disember 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.3[79] 23N620 11 Februari 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.3.1[80] 23N630 26 Februari 2026 Membaiki masalah berkelip yang boleh berlaku apabila menonton sukan dengan Multiview dalam aplikasi Apple TV
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.4[81] 23O247 24 Mac 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.5[82] 23O471 11 Mei 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.6[83] 23O770 27 Julai 2026
Versi stabil terkini: 26.6.1[84] 23O780 17 Ogos 2026

visionOS 27

[sunting | sunting sumber]

visionOS 27 ialah versi utama keempat visionOS. Ia telah diumumkan di WWDC 2026 pada 8 Jun 2026, dan bakal dikeluarkan pada akhir tahun 2026, bersama-sama dengan iOS 27, iPadOS 27, macOS Golden Gate, tvOS 27, dan watchOS 27.[85]

Versi pralihat terkini: Gambaran keseluruhan versi visionOS 27
Versi Binaan Tarikh keluaran Ciri-ciri
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 27.0 beta 1[86] 24M5291p Jun 8, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 27.0 beta 2[87] 24M5306i Jun 22, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 27.0 beta 3[88] 24M5316k Julai 6, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 27.0 beta 4[89] 24M5326g Julai 20, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 27.0 beta 5[90] 24M5348b Ogos 10, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 27.0 beta 6[91] 24M5355a Ogos 17, 2026
Versi pralihat terkini: 27.0 beta 7[92] 24M5359a Ogos 24, 2026

Sokongan perakasan

[sunting | sunting sumber]
Versi visionOS yang disokong pada Apple Vision Pro
Model visionOS
1 2 26 27[a]
Vision Pro (M2) Ya Ya Ya Pratonton
Vision Pro (M5) Ya Pratonton

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. visionOS 27 sedia ada hanya sebagai versi pratonton.
  1. Wiggers, Kyle (June 5, 2023). "visionOS is Apple's latest operating system". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2023.
  2. "WWDC 2023 Biggest Reveals: Vision Pro Headset, iOS 17, MacBook Air and More". CNET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2023.
  3. "Everything Apple Announced at WWDC 2023". Wired. June 5, 2023.
  4. Samantha Murphy Kelly (February 2, 2024). "Apple's Vision Pro headset hits US stores today. Here's what you need to know". CNN.
  5. Mickle, Tripp (January 19, 2024). "Apple Takes a Humble Approach to Launching Its Newest Device". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada January 20, 2024.
  6. "Apple Will Talk Up Its Mixed-Reality Headset in 2023 But Not Much Else". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). January 8, 2023. Dicapai pada January 27, 2024.
  7. Robertson, Adi (June 5, 2023). "Apple Vision Pro is Apple's new $3,499 AR headset". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  8. Evans, Jonny (January 9, 2024). "How to think about Apple and spatial computing". Computerworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada January 16, 2024.
  9. Espósito, Filipe (January 8, 2024). "Apple asks developers not to refer to their visionOS apps as 'AR' or 'VR'". 9to5mac. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada January 16, 2024.
  10. Weatherbed, Jess (June 5, 2023). "Disney Plus is coming to Apple's Vision Pro headset". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
  11. Goldsmith, Jill (January 16, 2024). "Apple Vision Pro Unveils Disney+ Features, More Streaming Apps & 3D Movies As Bob Iger Calls Mixed Reality Headset "A Revolutionary Platform"". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 16, 2024.
  12. "Apple visionOS was called 'xrOS' before last-minute change, WWDC23 keynote and developer sessions confirm it". The Apple Post (dalam bahasa Inggeris). June 9, 2023. Dicapai pada October 13, 2023.
  13. 1 2 3 "Apple Vision Pro available in the U.S. on February 2". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  14. "visionOS SDK now available - Latest News - Apple Developer". developer.apple.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  15. "Apple releases Xcode 15.2". AppleInsider (dalam bahasa Inggeris). January 8, 2024. Dicapai pada January 20, 2024.
  16. 1 2 "Apple Releases New Versions of TestFlight and Xcode With Vision Pro Support, Starts Accepting visionOS Apps". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). January 8, 2024. Dicapai pada January 20, 2024.
  17. Novet, Jordan (June 5, 2023). "Unity stock jumps 17% on Apple Vision Pro partnership". CNBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2023.
  18. Warren, Tom (June 5, 2023). "Microsoft Word, Excel, and Teams are all coming to Apple's new Vision Pro headset". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
  19. "What you need to know about Unity PolySpatial and visionOS". Unity Blog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  20. Goode, Lauren (June 5, 2023). "Apple's Mixed-Reality Headset, Vision Pro, Is Here". Wired. Dicapai pada June 5, 2023.
  21. 1 2 Peters, Jay (June 5, 2023). "Apple announces visionOS, the operating system for its Vision Pro headset". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
  22. Axon, Samuel (June 6, 2023). "Hands-on with Apple Vision Pro: This is not a VR headset". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2023.
  23. Song, Victoria (April 2, 2024). "Now Apple Vision Pro Personas can float freely across different apps". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 4, 2024.
  24. Peters, Jay (September 12, 2023). "The iPhone 15 Pro and Pro Max will let you film spatial video you can watch on the Vision Pro". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  25. "Apple's first visionOS beta outlines 13 VR 'Environments,' app limitations". Macworld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 5, 2024.
  26. Spangler, Todd (January 16, 2024). "Apple Vision Pro Will Feature 150-Plus 3D Movies at Launch, Immersive Originals, Disney+, Amazon Prime Video and More". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 26, 2024.
  27. Lang, Ben (June 20, 2023). "Apple Vision Pro Will Support WebXR for Fully Immersive Experiences in the Browser". Road to VR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 24, 2023.
  28. "Apple Releases visionOS 2.2 With Ultrawide Mac Virtual Display". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-11. Dicapai pada 2024-12-30.
  29. Davis, Wes (2024-12-11). "The Vision Pro's ultrawide Mac display is very close to being a killer app". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-30.
  30. Roth, Emma (June 10, 2023). "The Vision Pro's biggest advantage isn't Apple's hardware". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 27, 2023.
  31. "Apple announces more than 600 new apps built for Apple Vision Pro". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 3, 2024.
  32. Peters, Jay (June 5, 2023). "Apple announces visionOS, the operating system for its Vision Pro headset". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2023.
  33. Parrish, Ash (June 5, 2023). "Apple's new VR headset will feature over 100 Apple Arcade games at launch". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
  34. Bentley, James (January 8, 2024). "Every Apple Vision Pro app we've heard about so far". iMore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  35. "Apple Announces Streaming Services and Sports Apps Available on Vision Pro at Launch". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). January 16, 2024. Dicapai pada January 20, 2024.
  36. Gurman, Mark (January 18, 2024). "Bloomberg - YouTube and Spotify Won't Launch Apple Vision Pro Apps, Joining Netflix". www.bloomberg.com. Dicapai pada January 20, 2024.
  37. Patel, Nilay (February 5, 2024). "YouTube says a Vision Pro app is 'on the roadmap'". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 6, 2024.
  38. "I've Worn Apple's Vision Pro Headset 4 Times. Here's What You Need to Know Before Buying". CNET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  39. Song, Victoria (January 16, 2024). "Apple Vision Pro hands-on, again, for the first time". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2024.
  40. Pierce, David (January 20, 2024). "The Vision Pro's first killer app is the web, whether Apple likes it or not". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 24, 2024.
  41. 1 2 Patel, Nilay (January 30, 2024). "Apple Vision Pro review: magic, until it's not". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 5, 2024.
  42. "Apple Vision Pro Review: A Mind-Blowing Look at an Unfinished Future". CNET (dalam bahasa Inggeris). January 30, 2024. Dicapai pada February 5, 2024.
  43. "Everything Apple Announced at WWDC 2023". Wired. June 5, 2023.
  44. Samantha Murphy Kelly (February 2, 2024). "Apple's Vision Pro headset hits US stores today. Here's what you need to know". CNN.
  45. "About visionOS 1 Updates". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). February 2, 2024. Dicapai pada February 11, 2024.
  46. "Apple Releases visionOS 1.0.1 Ahead of Vision Pro Launch". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). January 23, 2024. Dicapai pada February 11, 2024.
  47. Michael, Simon. "Vision Pro isn't out yet but Apple has already patched a serious zero-day flaw". Macworld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 11, 2024.
  48. "About visionOS 1 Updates". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). February 2, 2024. Dicapai pada February 11, 2024.
  49. "Apple Releases visionOS 1.0.3 With Reset Option for Forgotten Passcode". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  50. Hall, Zac (March 7, 2024). "visionOS 1.1 update for Apple Vision Pro now available with MDM support, improved Persona, more". 9to5Mac (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 7, 2024.
  51. "Apple Releases visionOS 1.1.1 With Bug Fixes". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). March 21, 2024. Dicapai pada March 24, 2024.
  52. "About the security content of visionOS 1.1.1". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). March 25, 2024. Dicapai pada March 28, 2024.
  53. "Apple Releases visionOS 1.1.2 With Bug Fixes and Revised visionOS 1.2 Beta". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). April 9, 2024. Dicapai pada April 9, 2024.
  54. "About visionOS 1 Updates". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). April 9, 2024. Dicapai pada April 9, 2024.
  55. "Apple Releases visionOS 1.2 With Persona, EyeSight and Virtual Keyboard Improvements". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-10. Dicapai pada 2024-09-08.
  56. "visionOS 1.2 Release Notes". developer.apple.com. June 10, 2024. Dicapai pada June 10, 2024.
  57. "Apple Releases visionOS 1.3". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-07-29. Dicapai pada 2024-09-08.
  58. "Apple Releases visionOS 1.3". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). July 29, 2024. Dicapai pada July 30, 2024.
  59. Davis, Wes (June 10, 2024). "Apple announces visionOS 2, with 3D photo transformations and ultrawide Mac display". The Verge.
  60. "Apple Announces visionOS 2 With Improvements to Mac Virtual Display, Travel Mode, and More". MacRumors. June 10, 2024.
  61. "Introducing visionOS 2: An overview of what's new and features". Kaipkada. June 10, 2024.
  62. "Apple Releases visionOS 2.0". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  63. "Apple Releases visionOS 2.0.1". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  64. "Apple Releases visionOS 2.1". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  65. "Apple Releases visionOS 2.1.1". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  66. "Apple Releases visionOS 2.2". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  67. "Apple Releases visionOS 2.3". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  68. "Apple Releases visionOS 2.3.1". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). February 12, 2024. Dicapai pada February 12, 2024.
  69. Clover, Juli (March 11, 2025). "Apple Releases visionOS 2.3.2 With Streaming Playback Fix". MacRumors. Dicapai pada March 11, 2025.
  70. Clover, Juli (March 31, 2025). "Apple Releases visionOS 2.4 With Apple Intelligence, Spatial Gallery and New iPhone Integration". MacRumors. Dicapai pada March 31, 2025.
  71. Clover, Juli (April 16, 2025). "Apple Releases visionOS 2.4.1". MacRumors. Dicapai pada April 16, 2025.
  72. Clover, Juli (May 12, 2025). "Apple Releases visionOS 2.5 With Vision Tab for Apple TV App". MacRumors. Dicapai pada May 18, 2025.
  73. Clover, Juli (July 29, 2025). "Apple Releases visionOS 2.6". MacRumors. Dicapai pada August 5, 2025.
  74. Clover, Juli (September 15, 2025). "Apple Releases visionOS 26 With Persistent Widgets, Lifelike Personas, and Spatial Scenes for Vision Pro". MacRumors. Dicapai pada September 15, 2025.
  75. Clover, Juli (September 29, 2025). "Apple Releases watchOS 26.0.2, visionOS 26.0.1 and tvOS 26.0.1". MacRumors. Dicapai pada September 29, 2025.
  76. Charlton, Hartley (October 16, 2025). "New iPad Pro, MacBook Pro, and Vision Pro Will Have Day-One Software Updates". MacRumors. Dicapai pada October 26, 2025.
  77. Clover, Juli (November 3, 2025). "Apple Releases visionOS 26.1 With Vision Pro App for iPad". MacRumors. Dicapai pada November 3, 2025.
  78. Clover, Juli (December 12, 2025). "Apple Releases visionOS 26.2 With Travel Mode Updates". MacRumors. Dicapai pada December 12, 2025.
  79. Clover, Juli (February 11, 2026). "Apple Releases visionOS 26.3". MacRumors. Dicapai pada February 11, 2026.
  80. Clover, Juli (February 26, 2026). "Apple Releases visionOS 26.3.1 to Fix Multiview Flicker Issue in Apple TV App". MacRumors. Dicapai pada February 26, 2026.
  81. Clover, Juli (March 24, 2026). "Apple Releases visionOS 26.4". MacRumors. Dicapai pada March 24, 2026.
  82. Clover, Juli (May 11, 2026). "Apple Releases visionOS 26.5". MacRumors. Dicapai pada May 11, 2026.
  83. Clover, Juli (July 27, 2026). "Apple Releases visionOS 26.6". MacRumors. Dicapai pada July 27, 2026.
  84. Clover, Juli (August 17, 2026). "Apple Releases iOS 26.6.1, macOS 26.6.2, and More". MacRumors. Dicapai pada August 17, 2026.
  85. Clover, Juli (2026-06-08). "Apple Releases First iOS 27, iPadOS 27, and macOS 27 Betas to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-08.
  86. Clover, Juli (2026-06-08). "Apple Releases First iOS 27, iPadOS 27, and macOS 27 Betas to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-08.
  87. Clover, Juli (2026-06-22). "Apple Seeds Second visionOS 27 Beta to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-22.
  88. Clover, Juli (2026-07-06). "Apple Seeds Third visionOS 27 Beta to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-07-06.
  89. Clover, Juli (2026-07-20). "Apple Seeds Fourth visionOS 27 Beta to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-07-20.
  90. Clover, Juli (2026-08-10). "Apple Seeds Fifth visionOS 27 Beta to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-10.
  91. Clover, Juli (2026-08-17). "Apple Seeds Sixth visionOS 27 Beta to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-17.
  92. Clover, Juli (2026-08-24). "Apple Seeds Seventh visionOS 27 Beta to Developers". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-24.

Templat:Sistem pengendalian Apple Templat:Realiti terlanjur