close
Pergi ke kandungan

Chittagong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Image
Kawasan perbandaran Chittagong.
Chittagong
Nama samaran: Chottala
Koordinat: 22°22′0″U 91°48′0″T / 22.36667°U 91.80000°T / 22.36667; 91.80000
Negara Bangladesh
Daerah pentadbiran Daerah Chittagong
Kerajaan
 - Datuk bandar Mohiuddin Ahmed
Kepadatan (2007 est.)[1]
 - Bandar 3,920,222
 - Kepadatan 64,669.4/batu persegi (24,969/km²)
 - Metro 3,920,222
Zon masa BST (UTC+6)
Laman web: http://www.chittagong-website.com/

Chittagong (/ˈɪtəɡɒŋ/ CHIT-ə-gong),[2] secara rasminya Chattogram (Benggali: চট্টগ্রাম, rumi: Côṭṭôgrām, AFA: [ˈt͡ʃɔʈːoɡram] , secara tradisional Benggali: চাটগাঁও, rumi: Cāṭgão; Chittagonian: চিটাং/সিটাং, rumi: Sitang) merupakan sebuah bandar pelabuhan di Bangladesh serta bandar kedua terbesar di negara tersebut. Sebagai sebuah pelabuhan utama, Chittagong merupakan pintu utama import-eksport Bangladesh dan menjadi pusat tarikan pelabur asing. Oleh itu, bandar ini merupakan pusat komersial, pembuatan dan perdagangan utama Bangladesh. Ia merupakan pusat pentadbiran bagi bahagian dan daerah yang dinamakan sempena bandar tersebut.

Bandar ini terletak di tebing Sungai Karnaphuli di antara Chittagong Hill Tracts dan Teluk Bengal. Pada tahun 2022, Daerah Chittagong mencatatkan jumlah penduduk kira kira 9.2 juta menurut bancian yang dijalankan oleh kerajaan Bangladesh.[3] Pada tahun yang sama, kawasan bandar mencatatkan lebih 5.6 juta penduduk.[4] Bandar ini menempatkan banyak perniagaan tempatan berskala besar dan memainkan peranan penting dalam ekonomi Bangladesh.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Population of Chittagong" (dalam bahasa Inggeris). World Gazetteer. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-17. Dicapai pada 2007-04-12.
  2. ^ "Definition of Chittagong". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 February 2022.
  3. ^ "Chittagong - Population". population.city (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 April 2022.
  4. ^ "Bangladesh: Districts and Cities - Population Statistics, Maps, Charts, Weather and Web Information". www.citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-31.