close
Pergi ke kandungan

Lebam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebam
لبم
Pengelasan dan sumber luaran
Image
Lebam yang disebabkan oleh jatuh tangga
ICD-10S00-S90, T14.0
ICD-9920-924
P. Data Penyakit31998
MedlinePlus007213
MeSHD003288
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Lebam atau istilah perubatannya, kontusi merupakan sejenis hematoma tisu[1] dimana bahagian kapilari atau kadang-kala venul mengalami kerosakan disebabkan oleh trauma. Ia biasanya meninggalkan tanda atau tompokan yang kelihatan kebiruan atau keunguan pada bahagian bawah lapisan kulit.[2]

Lebam sering menyebabkan kesakitan dan lebam kecil biasanya tidak membahayakan. Dalam sesetengah keadaan, lebam serius boleh membawa kepada bahaya atau membawa kepada bentuk hematoma yang boleh mengancam nyawa apabila berlakunya kecederaan teruk seperti patah tulang dan pendarahan dalaman.

Dalam konteks bencana alam — lebam lebih biasa berlaku semasa gempa bumi berbanding bencana alam lain, biasanya disebabkan oleh objek jatuh atau dilanggar bangunan yang jatuh, dan tahap keterukan berbeza-beza daripada ringan (dirawat dengan kaedah RICE mudah) hingga ekstrem (yang membawa kepada sindrom remuk yang memerlukan bantuan teknikal bukan perubatan daripada anggota bomba/pasukan SAR).

  1. ^ contusion di Kamus Perubatan Dorland
  2. ^ "Bruises". kidshealth.org. Dicapai pada 7 April 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]