Menteri Besar Johor
| Menteri Besar Johor منتري بسر جوهر (Jawi) | |
Bendera peribadi | |
| Kerajaan Negeri Johor | |
| Gelaran | Melayu: Yang Amat Berhormat Inggeris: The Right Honourable |
|---|---|
| Lapor kepada | Dewan Negeri Johor |
| Bidang kuasa | Johor |
| Kediaman | Saujana, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Pusat | Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
| Dilantik oleh | Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar Sultan Johor |
| Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
| Penjawat sulung | Dato' Jaafar Muhammad |
| Dibentuk | 1886 |
| Tapak web | Profil Menteri Besar |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهر) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Ta'zim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.
Pelantikan
[sunting | sunting sumber]Pelantikan Menteri Besar Johor
[sunting | sunting sumber]- Kuasa Pelantikan: Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, Sultan Johor bertanggungjawab melantik seorang Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
- Syarat Kelayakan:
- Mestilah daripada kalangan ahli Dewan Negeri Johor.
- Calon tersebut, pada hemat baginda, boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri Johor.
- Mestilah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
- Sekatan Kewarganegaraan: Individu yang memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui cara pendaftaran atau naturalisasi (permintaan) menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak boleh dilantik menjadi Menteri Besar Johor.
Pembentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
[sunting | sunting sumber]- Bilangan Keahlian: Sultan Johor, dengan nasihat Menteri Besar Johor, akan melantik antara 4 hingga 10 orang ahli-ahli Dewan Negeri Johor yang lain untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
- Angkat Sumpah: Semua ahli wajib mengangkat sumpah jawatan, taat setia, serta sumpah simpan rahsia dan menurunkan tandatangan pada surat sumpah di hadapan Sultan Johor sebelum boleh menjalankan fungsi jawatan mereka.
- Tanggungjawab Bersama: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor hendaklah kesemuanya bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Negeri Johor.
Sekatan Menjaga Integriti
[sunting | sunting sumber]- Menteri Besar Johor: Tidak boleh memegang sebarang jawatan yang bergaji dan tidak boleh terlibat secara aktif dalam sebarang perusahaan perniagaan.
- Ahli Majlis Mesyuarat:
- Tidak boleh terlibat dalam sebarang perusahaan, perniagaan atau pekerjaan yang bersangkut-paut dengan sebarang perkara atau jabatan di bawah tanggungjawabnya.
- Sekiranya terlibat, mereka dilarang menyertai apa-apa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bersangkut-paut dengan perusahaan, perniagaan atau pekerjaan tersebut.
Peletakan Jawatan dan Kehilangan Kepercayaan
[sunting | sunting sumber]- Undi Tidak Percaya / Gagal Belanjawan: Jika Dewan Negeri Johor tidak meluluskan Belanjawan Johor atau meluluskan undi tidak percaya, Menteri Besar Johor hendaklah meletakkan jawatan bagi keseluruhan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
- Pengecualian: Peletakan jawatan secara berjemaah ini dikecualikan jika, dengan permintaan Menteri Besar Johor, Sultan Johor membubarkan Dewan Negeri Johor.
- Tempoh Jawatan Ahli: Selain daripada Menteri Besar Johor, ahli lain memegang jawatan mengikut tempoh perkenan Sultan Johor. Pelantikan mereka boleh dimansuhkan oleh Sultan Johor mengikut nasihat Menteri Besar Johor, namun mereka boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
Penggantian Menteri Besar
[sunting | sunting sumber]- Kekosongan Jawatan: Apabila Menteri Besar Johor tidak lagi memegang jawatan kerana meletakkan jawatan, kalah dalam pilihan raya, atau meninggal dunia.
- Pelantikan Baharu: Sultan Johor akan melantik Menteri Besar Johor yang baharu dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang, pada hemat baginda, boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli dewan tersebut.
Sistem Pentadbiran Johor
(1855 - 1886)
[sunting | sunting sumber]Sejarah Penubuhan Pentadbiran Moden Johor
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1855, Temenggung Tun Daeng Ibrahim secara rasmi menjadi Pemerintah Johor selepas beliau dan Sultan Ali Iskandar Shah menandatangani Perjanjian Setia 1855. Bagi menguruskan pentadbiran Johor yang berpusat di Teluk Belanga, Singapura, beliau telah menubuhkan tiga pejabat utama di kediamannya, iaitu Istana Bukit Aur.[1]
Tiga pejabat pentadbiran tersebut terdiri daripada:
- Pejabat Temenggung: Khusus untuk pentadbiran Temenggung Tun Daeng Ibrahim sendiri.
- Pejabat Waris: Ditubuhkan untuk anakanda beliau, Tun Abu Bakar (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abu Bakar).
- Pejabat Menteri: Mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sama seperti jawatan Menteri Besar pada masa kini.[2]
Pejabat Menteri ini diketuai oleh Abdullah bin Tok Muhammad Tahir (atau dikenali sebagai Encik Long Menteri). Beliau merupakan seorang tokoh yang berketurunan Bendahara Johor dan Bendahara Melaka.[3]
Menteri kepada Pemerintah Johor (1855–1886)
[sunting | sunting sumber]| No. | Gambar | Nama (Kelahiran–Kematian) |
Tempoh jawatan | Parti politik | Pilihan raya | Dewan Negeri | Pemerintah Johor | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Dari | Hingga | Tempoh masa | |||||||
| 1 | Encik Abdullah Tok Muhammad Tahir (1800–1863) |
1855 | 14 Januari 1863 |
Kira-kira 8 tahun | Tiada | – | – | Temenggung Tun Daeng Ibrahim
| |
| — | Dato' Jaafar Muhammad (1838–1919) (Pemangku Menteri) |
14 Januari 1863 |
1886 | Kira-kira 23 tahun | Tiada | – | – | Temenggung Tun Abu Bakar
| |
- Nota: Temenggung Tun Abu Bakar, Maharaja Abu Bakar, dan Sultan Abu Bakar merujuk kepada individu yang sama.
Peralihan kepada Jawatan Menteri Besar
[sunting | sunting sumber]Selepas kematian Abdullah pada tahun 1863, jawatan Menteri tersebut telah dipangku oleh anak saudaranya, Dato’ Jaafar Muhammad.[7]
Pada era pemerintahan Sultan Abu Bakar, struktur pentadbiran ini telah dikemas kini di mana gelaran jawatan "Menteri" secara rasmi ditukar kepada "Menteri Besar". Berikutan perubahan tersebut, Dato’ Jaafar Muhammad telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1886.[8]
Senarai Menteri Besar Johor Moden
[sunting | sunting sumber]Menteri Besar Johor
[sunting | sunting sumber]Kunci Warna
(untuk parti-parti politik):
Bebas
UMNO
Perikatan
Barisan Nasional
Pakatan Harapan
| No. | Gambar | Nama Kelahiran – Kematian |
Maklumat Jawatan | Parti Politik[a] | Pilihan Raya | Dewan Negeri | Sultan Johor Semasa | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tempoh Pemerintahan | Tempoh Masa | Sebab Tamat Pemerintahan | ||||||||
| Dilantik Secara Langsung Oleh Sultan Johor | ||||||||||
| 1 | Dato' Jaafar Muhammad (1838–1919) |
1886 hingga 3 Julai 1919 |
33 Tahun (anggaran) |
Meninggal dunia ketika berkhidmat. | Tiada | – | – | |||
| Kosong (3 Julai 1919 – 16 Julai 1920) |
Sultan Ibrahim Al-Masyhur | |||||||||
| 2 | Dato' Mohamed Mahbob (1852–1923) |
16 Julai 1920 hingga 1 September 1922 |
2 tahun, 48 hari | Bersara secara rasmi daripada perkhidmatan awam. | Tiada | – | – | |||
| Kosong (1 September 1922 – 17 September 1923) | ||||||||||
| 3 | Dato' Abdullah Jaafar (1875–1934) |
17 September 1923 hingga 16 September 1928 |
5 tahun, 0 hari | Tempoh kontrak perkhidmatan tamat. | Tiada | – | – | |||
| 4 | Dato' Mustapha Jaafar (1862–1946) |
16 September 1928 hingga 23 November 1931 |
3 tahun, 69 hari | Bersara selepas 50 tahun berkhidmat dengan kerajaan. | Tiada | – | – | |||
| 5 | Dato' Abdul Hamid Yusof (1876–1934) |
23 November 1931 hingga 28 Disember 1934 |
3 tahun, 36 hari | Meletakkan jawatan akibat masalah kesihatan dan tekanan krisis ekonomi. | Tiada | – | – | |||
| Kosong (28 Disember 1934 – 4 April 1935) | ||||||||||
| 6 | Dato' Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid (1887–1951) |
4 April 1935 hingga 1 Jun 1947 |
12 tahun, 59 hari | Meletakkan jawatan selepas Perang Dunia Kedua / era pentadbiran tentera British (BMA). | Tiada | – | – | |||
| 7 | Dato' Sir Onn Jaafar (1895–1962) |
1 Jun 1947 hingga 18 Mei 1950 |
2 tahun, 352 hari | Meletakkan jawatan untuk fokus sebagai Presiden UMNO dalam politik kebangsaan. | UMNO | – | – | |||
| Kosong (18 Mei 1950 – 18 Februari 1952) | ||||||||||
| 8 | Dato' Syed Abdul Kadir Mohamed (1900–1960) |
18 Februari 1952 hingga 5 Jun 1955 |
3 tahun, 108 hari | Meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada sistem pilihan raya moden. | UMNO | – | – | |||
| Perikatan (UMNO) | ||||||||||
| Kosong (5 Jun 1955 – 1 Oktober 1955) | ||||||||||
| 9 | Dato' Wan Idris Ibrahim (1888–1973) |
1 Oktober 1955 hingga 16 Jun 1959 |
3 tahun, 259 hari | Tempoh tamat bagi membolehkan Johor beralih penuh ke sistem mandat Pilihan Raya Negeri (PRN). | Perikatan (UMNO) |
– | – | |||
| Kosong (16 Jun 1959 – 27 Jun 1959) |
Sultan Ismail Al-Khalidi | |||||||||
| Dilantik Melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) | ||||||||||
| 10 | Tan Sri Dato' Hassan Yunus (1907–1968) Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Inland (1954-1959) Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) Bukit Serampang (1959-1968) |
27 Jun 1959 hingga 31 Januari 1967 |
7 tahun, 219 hari | Mengundurkan diri atas faktor kesihatan dan strategi pembaharuan muka baharu oleh parti. | Perikatan (UMNO) |
1959 | pertama | |||
| 1964 | ke-2 | |||||||||
| 11 | Tan Sri Dato' Othman Saat (1927–2007) ADUN Jorak (1959-1974) ADUN Kesang (1974-1982) |
4 Februari 1967 hingga 4 April 1982 |
15 tahun, 60 hari | Meletakkan jawatan atas desakan politik dalaman dan perselisihan faham dengan pihak istana. | Perikatan (UMNO) |
– | ||||
| 1969 | ke-3 | |||||||||
| BN (UMNO) |
1974 | ke-4 | ||||||||
| 1978 | ke-5 | |||||||||
| 12 | Dato' Abdul Ajib Ahmad (1947–2011) ADUN Endau (1982-1986) |
29 April 1982 hingga 12 Ogos 1986 |
4 tahun, 106 hari | Tamat tempoh selepas keputusan kepimpinan parti untuk memindahkan beliau bertanding ke kerusi Parlimen. | BN (UMNO) |
1982 | ke-6 | Sultan Iskandar Al-Haj | ||
| 13 | Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin (lahir 1947) ADUN Bukit Serampang (1986-1995) ADUN Gambir (2018-2022) |
12 Ogos 1986 hingga 3 Mei 1995 |
8 tahun, 265 hari | Melepaskan jawatan selepas dilantik ke jawatan Kabinet Persekutuan sebagai Menteri di peringkat pusat. | BN (UMNO) |
1986 | ke-7 | |||
| 1990 | ke-8 | |||||||||
| 14 | Dato' Abdul Ghani Othman (lahir 1946) ADUN Serom (1995-2013) |
3 Mei 1995 hingga 14 Mei 2013 |
18 tahun, 12 hari | Berakhir selepas beliau beralih untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13. | BN (UMNO) |
1995 | ke-9 | |||
| 1999 | ke-10 | |||||||||
| 2004 | ke-11 | |||||||||
| 2008 | ke-12 | |||||||||
| 15 | Dato' Mohamed Khaled Nordin (lahir 1958) ADUN Permas (2013-2018) |
14 Mei 2013 hingga 12 Mei 2018 |
4 tahun, 364 hari | Tamat perkhidmatan susulan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14. | BN (UMNO) |
2013 | ke-13 | Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar | ||
| 16 | Dato' Osman Sapian (1951–2021) ADUN Kempas (1999-2013, 2018-2021) |
12 Mei 2018 hingga 14 April 2019 |
338 hari | Letak jawatan atas desakan politik dalam PH serta salah faham dengan istana Johor. | PH (BERSATU) |
2018 | ke-14 | |||
| 17 | Dato' Dr. Sahruddin Jamal (lahir 1975) ADUN Bukit Kepong (2018-kini) |
14 April 2019 hingga 28 Februari 2020 |
321 hari | Kerajaan pimpinannya tumbang ekoran perubahan gabungan politik di peringkat Persekutuan dan Negeri (Langkah Sheraton). | PH (BERSATU) |
– | ||||
| 18 | Dato' Ir. Hasni Mohammad (lahir 1959) ADUN Benut (2008-kini) |
28 Februari 2020 hingga 15 Mac 2022 |
2 tahun, 16 hari | Melepaskan jawatan selepas pembubaran Dewan Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. | BN (UMNO) |
– | ||||
| 19 | Dato' Onn Hafiz Ghazi (lahir 1979) ADUN Layang-Layang (2018-2022) ADUN Machap (2022-2026) ADUN Machap (2026-kini) |
15 Mac 2022 hingga 26 Jun 2026 |
4 tahun, 104 hari | Sedang menyandang jawatan sebagai Pemangku Menteri Besar Johor. (caretaker government) |
BN (UMNO) |
2022 | ke-15 | |||
| 20 | 12 Julai 2026 hingga Kini |
54 hari | Kembali mentadbir setelah diberi mandat sekali lagi oleh Rakyat Johor. | 2026 | ke-16 | |||||
- ↑ Kolum ini hanya menamakan parti politik Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks yang terdiri daripada beberapa parti politik dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.
Garis Masa Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]
Menteri Besar Johor Yang Paling Lama Berkhidmat
[sunting | sunting sumber]| Kedudukan | Menteri Besar Johor | Tempoh perkhidmatan | Berkhidmat | Maklumat | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Potret | Nama | Mula | Tamat | Parti politik | Sultan Johor | ||
| 1 | Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad داتوء جعفر بن حاج محمد |
33 tahun | 1886 | 1919 | Tiada | ||
| 2 | Tan Sri Dato’ Abdul Ghani bin Othman تن سري داتوء عبدالغاني بن عثمان |
18 tahun | 1995 | 2013 | UMNO-BN | ||
| 3 | Tan Sri Dato’ Othman bin Mohamed Saat تن سري داتوء عثمان بن محمد سـعد |
15 tahun | 1967 | 1982 | |||
| 4 | Dato’ Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid داتوء اوڠکو عبد العزيز بن اوڠکو عبد المجید |
12 tahun | 1935 | 1947 | Tiada | Sultan Ibrahim Al-Masyhur | |
| 5 | Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin تن سري داتوء محيي الدين بن محمد ياسين |
8 tahun | 1986 | 1995 | UMNO-BN | Sultan Iskandar Al-Haj | |
| 6 | Tan Sri Dato’ Hassan bin Yunus تن سري داتوء حسن بن يونس |
7 tahun | 1959 | 1967 | UMNO-Perikatan | Sultan Ismail Al-Khalidi | |
| 7 | Dato’ Abdullah bin Jaafar داتوء عبدالله بن جعفر |
5 tahun | 1923 | 1928 | Tiada | Sultan Ibrahim Al-Masyhur | |
| 8 | Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin داتوء سري محمد خالد بن نوردين |
5 tahun | 2013 | 2018 | UMNO-BN | Sultan Ibrahim | |
| 9 | Dato’ Abdul Ajib bin Ahmad داتوء عبد العجيب بن أحمد |
4 tahun | 1982 | 1986 | UMNO-BN | Sultan Iskandar Al-Haj | |
| 10 | Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi داتوء عون حفيظ بن غازي |
4 tahun | 15 Mac 2022 | 1 Jun 2026 | UMNO-BN | Sultan Ibrahim | |
Senarai Bekas Menteri Besar Johor Yang Masih Hidup
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup :
| Nama | Tempoh perkhidmatan | Tarikh lahir |
|---|---|---|
| Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin | 1986–1995 | 15 Mei 1947 (umur 79) |
| Tan Sri Dato' Abdul Ghani Othman | 1995–2013 | 14 November 1946 (umur 79) |
| Dato' Mohamed Khaled Nordin | 2013–2018 | 30 November 1958 (umur 67) |
| Dato' Dr. Sahruddin Jamal | 2019–2020 | 26 Mei 1975 (umur 51) |
| Dato' Ir. Hasni Mohammad | 2020–2022 | 27 Mac 1959 (umur 67) |
| Dato' Onn Hafiz Ghazi | 15 Mac 2022 - 1 Jun 2026 | 2 Mac 1979 (umur 47) |
Hubungan Antara Menteri Besar Johor
[sunting | sunting sumber]Hubungan Kekeluargaan Antara Menteri Besar
[sunting | sunting sumber]| Hubungan | Menteri Besar Johor |
|---|---|
| Bapa dan anak | Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (bapa), Dato' Mustapha bin Jaafar (anak), Dato' Abdullah bin Jaafar (anak) dan Dato' Onn bin Jaafar (anak) |
| Saudara lelaki sebapa (half-brothers with same father) |
Dato' Mustapha bin Jaafar (paling tua), Dato' Abdullah bin Jaafar dan Dato' Onn bin Jaafar (paling muda) |
| Saudara lelaki seibu (half-brothers with same mother) |
Dato' Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid (paling tua) dan Dato' Onn bin Jaafar (paling muda) (mereka mempunyai ibu kandung yang sama iaitu Datin Roquaiya Hanim binti Abdullah) |
| Bapa saudara dan anak saudara |
|
| Sepupu |
|
| Moyang dan cicit | Dato' Onn bin Jaafar (moyang) dan Dato' Onn Hafiz bin Ghazi (cicit) (Dato' Onn Hafiz berketurunan Dato' Onn dari sebelah ibunya iaitu Datin Roquaiya Hanim binti Tun Hussein bin Dato' Onn) |
Trivia
[sunting | sunting sumber]Ringkasan Fakta Menarik Penyandang
[sunting | sunting sumber]| No. | Nama Menteri Besar | Fakta dan Nota Menarik Penjawat |
|---|---|---|
| – | Abdullah bin Tok Muhammad Tahir (Encik Long Menteri) |
|
| 1 | Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad |
|
| 2 | Dato’ Mohamed bin Mahbob |
|
| 5 | Dato’ Abdul Hamid bin Yusof |
|
| 6 | Dato' Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid |
|
| 7 | Dato’ Onn bin Jaafar |
|
| 9 | Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim |
|
| 10 | Tan Sri Hassan bin Yunus |
|
| 11 | Tan Sri Othman bin Mohamed Saat |
|
| 12 | Dato’ Abdul Ajib bin Ahmad |
|
| 13 | Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin |
|
| 17 | Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal |
|
| 18 | Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad |
|
| 19 | Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi |
|
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
- ↑ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
- ↑ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
- ↑ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
- ↑ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
- ↑ M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251
- ↑ M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251
- ↑ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
- ↑ "Bibliografi Menteri Besar Johor". Kerajaan Negeri Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
- ↑ "Johore". WorldStatesmen.org. Dicapai pada 15 April 2011.
- ↑ M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251



